Monday, October 18, 2010

Ustaz Yusri Musa Al-Yamani mengantikan Ustaz Ridhuan Mohd Noor . perlukan bantuan anda !


Kuliah Magrib 16 Okt MAH - Ustaz Yusri Musa Al-Yamani yang mengantikan Ustaz Ridzuan Mohd Noor tidak kurang hebatnya dengan penyampaian yang mantap dan semasa..  beliau yang merupakan Mudir Pondok Tahfidz An Nur Terengganu ( http://tahfizannurterengganu.blogspot.com/ ). 

Dalam kesempatan yang ada beliau memaklumkan beliau akan melanjutkan pelajaran ke Yaman dalam bulan Disember ini.. sangat-sangat memerlukan berupa sumbangan  / zakat / sedekah dari ahli kariah dan pengunjung blog ini dan face book Masjid Al-Hidayah.

Sebarang sumbangan boleh di bank in ke 1-13015-26202-6  Maybank , sila smskan kepada beliau di no 0199590379 jika anda membuat sumbangan untuk Al-Fathil Ustaz rekodkan.

Thursday, October 14, 2010

Program Qurban Masjid Al-Hidayah 2010 / 1431 Hijrah

( Klik & Download serta Printkan Borang ini )!

Sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat pertama , InsyaAllah Ibadah Qurban Masjid Al-Hidayah akan dikendalikan bersama oleh Badan Kebajikan Islam Kelana Jaya ( BAKIKJ), menurut Tuan Nazir yang sifatnya juga sebagai Pengerusi BAKIKJ , borang permohonan ada disediakan di masjid dan boleh download dan print daripada blog masjid ini..

Seperti tahun-tahun lepas Nilai Satu bahagian ialah RM400, dan insyaAllah Program Qurban akan di adakan pada Hari Raya Aidil-Adha dijangaka jatuh pada hari Rabu 17 November 2010 selepas Solat Aidil-Adha di Padang Permainan di Jalan SS 3/17

Borang & Bayaran boleh di serahkan terus kepada En Sobari Yusop Bendahari BAKIKJ atau hubungi beliau di talian 0192144420  @  serahkan kepada Kerani Masjid En Hadi .

Jasamu Di Kenang AJK Proterm & Pegawai JAIS

-


-




-

-

-

-

-

Assalamualikum sebagai menghargai jasa-jasa Ahli Jawatankuasa Proterm Masjid Al-Hidayah dan Pegawai-pegawai JAIS sebelum diserahkan semula kepada anak kariah, Jawatankuasa Masjid Al-Hidayah Sesi 2010/2012 telah mengadakan program ringkas malam tadi di Masjid selepas bacaan yasin dan tahlil

Sekalung Penghargaan kepada AJK Proterm Masjid Al-Hidayah

Pengerusi : Dr Kamaruddin Ahmad
Timbalan Pengerusi : Ustaz Ahmad Abdul Rahman
Setiausaha : Hj Fakaruddin
Penolong Setiausaha : Tn Haji Ismail Samsuddin
Ahli Jawatankuasa
  Dato' Abdul Rahman
  Tuan Haji Jamil Hajar

Juga selamat bertugas di tempat baru kepada
1. Imam Masjid Al-Hidayah merangkap Pengurus - Ustaz Adnan Awang (Berpindah ke Masjid Istana, Jugra, Banting)
2. Siak merangkap Bilal - Sdr Roslan Jamalun (Berpindah ke Masjid DiRaja, Klang)

Jasamu di kenang.

Berita bergambar, akan menyusul selepas dapt fail2nya daripada AJK Wan Roslan dan Ketua Pemuda Sdr Azri.

Monday, October 4, 2010

Senarai Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Hidayah 2010 - 2012



Ahlan Wasahlan..Bermula di sini 29 Sept 2010

Assalamualikum...

Majlis ringkas di adakan di Masjid Al-Hidayah pada 29 Sept 2010, setelah genap 7 tahun Masjid di tadbir oleh JAIS dan detik bersejarah pada hari ini di serahkan kepada anak kariah untuk mengurus dan mentadbir masjid. Tuan Hj Kamarudin Suhaimi yang dipilih sebagai Nazir baru sesi 2010/2012 menerima surat pengistiharan AJK baru dari Ustaz Ramli Sidom dari JAIS sambil di perhati Pengurus Masjid Ustaz Adznan dan Pengerusi AJK Protem Dr Kamarudin.


Selepas Isya Ustaz Ramli memakluman kepada Jemaah Masjid Al-Hidyah akan pengistiharan tersebut dan Watikah akan di keluarkan oleh JAIS pada 6 Oktober 2010.