Monday, July 14, 2014

MEMOHON DANA UNTUK KEBAJIKAN DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN ANAK – ANAK YATIM, FAKIR MISKIN DAN ASNAF – ASNAF ZAKAT(8 GOLONGAN ZAKAT)

Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (SA0104424-D)
No.14, Jalan Aman 3/56, 47300 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


Kepada Yang Berkenaan,


MEMOHON DANA UNTUK KEBAJIKAN DAN KEPERLUAN PENDIDIKAN ANAK – ANAK YATIM, FAKIR MISKIN DAN ASNAF – ASNAF ZAKAT(8 GOLONGAN ZAKAT)
Adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan pihak pentadbiran Pusat Jagaan Rumah Kesayangan ingin memohon bantuan dana dalam apa jua bentuk sekalipun samada segi kewangan,makanan keperluan harian, kenderaan, sewaaan dan apa-apa saja bantuan bagi membantu melancarkan lagi program dana kebajikan dan pendidikan anak-anak yang di bawah pusat jagaan ini.

2. Pihak kami berharap agar pihak tuan sudi bersama membantu usaha kebajikan yang cuba pihak kami lakukan ini. Bersama surat ini,kami sertakan maklumat ringkas/profail berkenaan latar belakang pusat ini serta senarai beberapa keperluan yang amat diperlukan buat masa kini untuk pengetahuan pihak Tuan,semoga sudi bersama membantu demi kepentingan anak-anak istimewa ini.

3. Keperluan tersebut adalah :
1)Sewa bulanan pusat jagaan(rumah) – RM 1000 sebuah
2)Bil api dan air dan telefon - RM 500
3) Makan dan minum RM200 x 30 hari – RM 6000
4)Minyak kenderaan RM 50 x 30 hari - RM 1500
Dalam masa yang sama pihak kami amat-amat memerlukan sebuah van panjang agi keperluan pengangkutan untuk anak-anak ke sekolah dan program-program luar dan jemputan. Ini kerana bilangan anak-anak yang sedia ada sudah bertambah iaitu 12 orang pelajar lelaki,9 orang pelajar perempuan dan 4 orang remaja perempuan. Buat masa in kami terpaksa menyewa van setiap kali untuk membawa anak-anak ini ke jemputan luar. Kos menyewa kenderaan sangat tinggi.
4. Pihak kami terlebih dahulu mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala bantuan yang bakal dihulurkan oleh pihak tuan,semoga Allah memberkati dan meredhai segala usaha yang cuba kita lakukan bersama dalam usaha menjayakan perjalanan program rumah amal ni dan dinilai sebagai salah satu usaha taqwa serta menjadi amal jariah buat kita.

Sabda Rasulullah SAW:
‘Jagalah harta kekayaanmu dengan mengeluarkan zakat,ubatilah orang-orang sakit dengan bersedeqah dan hadapilah berbagai bala itu dengan doa’

Sekian,terima kasih

Yang diamanahkan
……………………………….
Hafizah Elias (  014-7380930   )
Pengurus RUKESA
Pusat Jagaan Rumah Kesayangan.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:


CIMB Islamic 1283-0000303-10-6
Pusat Jagaan Rumah Kesayangan

Sunday, July 13, 2014

Jemputan Majlis Penyampaian Sumbanhan Anak Yatim Masjid Al-Hidayah & MBPJ

Anda semua di jemput hadir ke Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Anak2 Yatim oleh Datuk Bandar MBPJ dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al Hidayah Kelana Jaya pada 15 Jul Selasa mula 6.00 ptg di Dewan Al Hidayah.
Insyaallah jamuan Nasi Arab Kambing