Thursday, November 18, 2010

Tuesday, November 16, 2010

Majlis Ibadah Korban 1431H di Masjid Al-Hidayah

Takbir dan Solat Sunat Aidil Adhah 1431H di Masjid Al-Hidayah

Nazir Tuan Hj Kamarudin Suhaimi telah memberikan ucapan dan taklimat korban sebelum solat di mulakan. Imam adalah Ustaz Ahmad Tirmizi ibnu Ali iaitu Imam Besar Masjid dan Juara AQ4 TV9.

Persiapan Majlis Korban dan Ifthor 9 Zulhijjah di Masjid Al-Hidayah

Pgrh Operasi Korban, Hj Sobari dan Ketua Persiapan Tempat Hj Rosli Andak sedang melihat kerja2 mengorek lubang utama. Dan hari ini di adakan majlis berbuka puasa di masjid sempena puasa sunat 9 Zulhijjah 1431H.

Monday, November 15, 2010

Rayuan Sumbangan Mangsa Banjir Kedah Perlis

 







Rayuan Sumbangan Mangsa Banjir Lajnah Kebajikan Masjid Al-Hidayah & Yayasan Amal Malaysia Selangor pun sedang berjalan sumbangan anda di alu-alukan !
..
Rakaman di atas sebahagian team Yayasan Amal Selangor, Briged Amal Selangor bersama Jabatan Amal dan Seketeriat Pemuda Masjid area Kelana Jaya dan Subang Jaya termasuk Nazir Masjid Darul Ehsan, Nazir Masjid Al-Mukminun, turut di sertai PSU Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya Hj Abd Rahman Sadikin, Pemuda Masjid Abu Bakar Subang Jaya.Misi Operasi Membersih Bencana banjir di Kawasan DUN Anak Bukit ...13 dan 14 Nov ... misi seterusnya akan menyusul persiapkan diri anda untuk bersama.

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Khas Untuk Calon SPM/STPM/STAM

Majlis Bacaan Yasin & Solat Hajat Khas Untuk Calon2 SPM/STPM/STAM
pada 18 Nov 2010, Khamis mlm Jumaat di Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya
bersama Juara Akademi Al-Quran ke-4, Ustaz Ahmad Tirmizi ibnu Ali. Semua
Calon & Ibubapa adalah di jemput hadir sama. Pertanyaan:
03-78778182 (Pej) atau 0193847264 (Pn Sahdiah)