Ramadhan menjelang lagi, mengamit insan-insan soleh yang berhati mulia untuk berada di kemuncak kelazatan beribadah, bersedekah dan berlumba merebut keredhoaan Allah Azza wa jalla. Pengurusan Masjid Al-Hidayah dengan ini ingin mempelawa para Jemaah yang dirahmati Allah sekalian untuk beramal jariah dengan menyumbangkan wang ringgit bagi mengimarahkan Program Ihya’ Ramadhan selama sebulan ini serta membantu program Pembangunan Masjid yang sedang giat dijalankan kini.
Sehubungan dengan itu segala aktiviti yang bakal kami aturkan memerlukan kerjasama, dokongan dan sumbangan para Jemaah sekalian supaya aktiviti pengimarahan M.A.H dapat diteruskan dengan sempurna seperti tahun-tahun yang lalu.
Oleh itu, bagi maksud diatas para Jemaah sekalian bolehlah membiayai segala aktiviti tersebut dengan mengemukakan sumbangan dan bantuan kepada pihak pengurusan M.A.H dalam bentuk
# wang tunai atau
# cek atas nama “MASJID AL-HIDAYAH”. (SILA KEPILKAN BERSAMA BORANG DIKEMUKAKAN SEBELAH) atau
#Bank In terus ke BANK ISLAM Account No : 1213 1010 0033 99
(dengan sms kepada Sdr Hadi (Kerani Masjid) jenis sumbangan/dan tujuan derma di No 0133120164 ) @ email ke masjidhidayah.kelanajaya@gmail.com
Semoga dengan sumbangan dan penglibatan para Jemaah sekalian Ramadhan kali ini menjadi lebih beerti dan kita semua bakal memperoleh keredhoaan dan keberkatan dari Allah S.W.T. Sekian terima kasih.
Wassalamualaikum…
“BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK AGAMA DAN NEGARA”
Yang menjalankan amanah:
t.t
(Haji Abd Halim Bin Abdul Manaf ) Setiausaha Masjid Al-Hidayah
Link Document Surat Sumbangan Sila Klik di bawah :
Link https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B4OMuSYDErc_ZmI2N2U2MTgtNTQxOC00MzE3LWEzZWItZTU4ZjAyYzBkOTBl&hl=en_US
No comments:
Post a Comment