Sunday, July 31, 2011

Qiraat (bacaan) dan Imam-imam bertugas di Masjid Al-Hidayah


Imam-imam Ramadhan 1432Hijrah Masjid Al-Hidayah , dari kiri PSU Masjid, Imam Ustaz Wan Aiman, Imam Ustaz Tirmizi Ali Al-Hafiz,Ustaz Abdullah ,Imam Abdullah Mukhlas Al-Hafiz & Imam Ustaz Zulkifli Sani Al-Hafiz dan Tn Setiausaha Masjid Hj Abdul Halim malam tadi selepas terawikh pertama dengan memulakan Qiraat Ibnu Katsir Al-Makki,


-----

Qiraat
Qiraat (bacaan): Jenis-jenis bacaan yang boleh dibaca oleh pembaca al-Qur'an, dengan syarat sipembaca mengetahui sumbernya dan memahami letaknya perbezaan bacaan itu pada mana-mana ayat. Haram membacanya tanpa berpandukan kepada qira'at yang asli daripada perawinya. Perbezaan kata-kata wahyu dalam lafaz, pembawakan, dialek dan posisi dalam kalimah yang kesemuanya diriwayatkan secara mutawatir dari Nabi s.a.w.

Bacaan al-Qur'an atau tarannum yang biasa kita baca hari ini dan biasa kita dengar bacaannya dari para qari dan qari'ah samada di Asia Tenggara atau di Timur Tengah adalah berpandukan riwayat Hafs. Riwayat Hafs ini digunakan oleh 3 qira'at iaitu, Abu Amr Al-Bashri, ‘Asim Al-Kufi dan Al-Kisai Al-Kufi.

Qiraat terkenal: Qiraat yang terkenal ada 10 Qiraat, masing-masing dinisbahkan kepada seorang imam qiraat, yang terkenal dengan dua orang rawi. Berikut ini, nama-nama imam tersebut beserta para perawi mereka:
  1. Nafi‘ al-Madani, dua perawinya adalah: Qalun dan Warsy
  2. Ibnu Katsir Al-Makki, dua perawinya adalah: Al-Bazzi dan Qunbul 
  3. Abu Amr Al-Bashri, dua perawinya adalah: Hafsh Ad-Duri dan As-Susi
  4. Ibnu ‘Amir Asy-Syami, dua perawinya adalah: Hisyam dan Ibnu Zakwan
  5. ‘Asim Al-Kufi, dua perawinya adalah: Syu‘bah dan Hafsh
  6. Hamzah Al-Kufi, dua perawinya adalah: Khalaf dan Khallad
  7. Al-Kisai Al-Kufi, duaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa perawinya adalah: Abul Harits dan Hafsh Ad-Duri
  8. Abu Jakfar Al-Madani, dua perawinya adalah: Ibnu Wardan dan Ibnu Jimaz
  9. Ya‘qub Al-Hadrami, dua periwayatnya adalah: Ruwais dan Rauh
  10. Khalaf Al-‘Asyir, dua periwayatnya adalah: Ishaq dan Idri

Thursday, July 28, 2011

Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan - Oleh Ust. Dr. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman

Muhasabah Persiaapan Ramadhan  1432H
 Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Untuk Perubahan Yang Lebih Sempurna
Oleh
Ust. Dr. Hj. Zaharuddin Bin Hj. Abd Rahman
Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.
Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)
2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)
3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)
4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.
5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa . Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.
6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.
7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)
8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)
10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.
12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-
Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.
Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)
         
Semoga kita semua diberi kesempatan menyambut Ramadhan...amin

Di Terbitan Semula : Seketeriat Ramadhan Masjid Al-Hidayah
Facebook to add friend “ Masjid Al-Hidayah Kelana Jaya ”

Tuesday, July 26, 2011

Sumbangan Derma Amal Jariah Ramdhan Al-Mubarak Untuk Masjid Al-Hidayah 1432Hijrah

Ramadhan menjelang lagi, mengamit insan-insan soleh yang berhati mulia untuk berada di kemuncak kelazatan beribadah, bersedekah dan berlumba merebut keredhoaan Allah Azza wa jalla. Pengurusan Masjid Al-Hidayah dengan ini ingin mempelawa para Jemaah yang dirahmati Allah sekalian untuk beramal jariah dengan menyumbangkan wang ringgit  bagi mengimarahkan Program Ihya’ Ramadhan selama sebulan ini serta membantu program Pembangunan Masjid yang sedang giat dijalankan kini.

Sehubungan dengan itu segala aktiviti yang bakal kami aturkan memerlukan kerjasama, dokongan dan sumbangan para Jemaah sekalian supaya aktiviti pengimarahan M.A.H dapat diteruskan dengan sempurna seperti tahun-tahun yang lalu.

Oleh itu, bagi maksud diatas para Jemaah sekalian bolehlah membiayai segala aktiviti tersebut dengan mengemukakan sumbangan dan bantuan kepada pihak pengurusan M.A.H dalam bentuk 
# wang tunai atau 
# cek atas nama “MASJID AL-HIDAYAH”. (SILA KEPILKAN BERSAMA BORANG DIKEMUKAKAN SEBELAH)  atau
  #Bank In  terus ke BANK ISLAM Account No : 1213 1010 0033 99  
(dengan sms kepada Sdr Hadi (Kerani Masjid) jenis sumbangan/dan tujuan derma  di No 0133120164 )  @ email ke masjidhidayah.kelanajaya@gmail.com

Semoga dengan sumbangan dan penglibatan para Jemaah sekalian Ramadhan kali ini menjadi lebih beerti dan kita semua bakal memperoleh keredhoaan dan keberkatan dari Allah S.W.T. Sekian terima kasih.
Wassalamualaikum…
“BERKHIDMAT KERANA ALLAH UNTUK AGAMA DAN NEGARA”
Yang menjalankan amanah:

t.t
(Haji Abd Halim Bin Abdul Manaf )                                                                                              Setiausaha Masjid Al-Hidayah

Link Document Surat Sumbangan Sila Klik di bawah :
Link https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=explorer&chrome=true&srcid=0B4OMuSYDErc_ZmI2N2U2MTgtNTQxOC00MzE3LWEzZWItZTU4ZjAyYzBkOTBl&hl=en_US

Sunday, July 17, 2011

NOTIS GANGGUAN BEKALAN AIR

Tarikh: 20/7/2011 (Rabu)
Masa: 10.00mlm-5.00pg.
Kawasan Terlibat:
1)Jalan SS 3/2 - SS 3/26.
2)Jalan SS 3/46 - SS 3/66.
3)Jalan SS 3/5, Jln SS 3/29 dan SS 3/31.
Pertanyaan: 1-800-88-5252